Jumaat, 21 Mei 2010

Keganasan Rumah Tangga



Jenayah cinta siri I


Keganasan Rumah Tangga


Keganasan Rumah Tangga Kini Semakin Menular Didalam Masyarakat Kita Hari Ini.. Ini Berlaku Apabila Gelaran Suami Yang Disandang Kaum Lelaki Menunjukkan Hidung Belang Mereka.. Kaum Wanita Pula Kaum Yang Lemah Dan Tidak Bermaya.. Kekurangan Tenaga Fizikal Bagi Melawan Semula Perbuatan Si Suami. Ini Seterusnya Menyebabkan Si Mangsa Menghadapi Tekanan Psikologi Serta Trauma Berpanjangan.


Ia Berlaku Dalam Pelbagai Segi Samaada Psikologi, Fizikal, Seksual, Keganasan Pertuturan (Maki Hamun & Cacian), Ugutan Serta Gangguan Atau Pengabaian Emosi Dan Kewangan. Ia Berlaku Tanpa Mengira Kedudukan Mahupun Profesion Kerana Ia Boleh Blaku Kepada Sesiapa Sahaja. Kebanyakan Pendera Terdiri Daripada Kaum Lelaki Manakala Mangsa Mungkin Terdiri Daripada Isteri Mahupun Kanak-Kanak.


Terdapat Banyak Faktor Yang Mencetuskan Kejadian Keganasan Rumah Tangga (Dr, Suradi Salim, 2010). Antaranya, Kehilangan Perasaan Kasih Terhadap Pasangan, Personaliti Pasangan Yang Suka Membuli, Tekanan Perasaan Akibat Pengalaman Persekitaran Lampau.


Kebiasaan, Sebelum Berkahwin, Pasangan Jarang Sesekali Mendedahkan Sifat Atau Personaliti Mereka Yang Sebenarnya Dan Personaliti Sebenarnya Hanya Diketahui Selepas Rumah Tangga Dibina. Pendaman Sikap Atau Personaliti Sebenar Akan Menimbulkan Tekanan Kerana Mempertahankan Ideal Self Mereka. Bagi Menyalurkan Tekanan Yang Dihadapi Dengan Mekanisme Bela Diri Yang Dipelopori Psikoanalis (Freud).


Seterusnya Menyebabkan Pendera Menggunakan Kekerasan Terhadap Pasangan Masing-Masing Hingga Mengakibatkan Berlakunya Keganasan Dan Tanpa Disedari Ia Berlarutan Dalam Jangka Masa Yang Panjang. Selain Itu Juga, Tekanan Yang Dihadapi Samada Di Tempat Kerja Ataupun Secara Sosial Turut Memberi Impak Kepada Kejadian Keganasan Rumah Tangga Ini.


Dalam Hal Ini, Mangsa Dinasihatkan Agar Tidak Mendiamkan Diri Dan Perlu Berkongsi Masalah Dengan Orang Lain. Kesan Kepada Mangsa Selain Trauma. 39% Daripada Mereka Melakukan Cubaan Membunuh Diri. Malah Ada Seorang Wanita Telah Melakukan Cubaan Membunuh Diri Lebih Dari 6kali. Ini Menunjukkan Tekanan Dan Bebanan Yang Dihadapi Mangsa Terlalu Berat Jika Tidak Mendapatkan Bantuan Daripada Mana-Mana Pihak.


Bagi Mengelak Keganasan Ini Terus Berlaku, Perlu Mengadakan Banyak Pertubuhan Yang Menjaga Kebajikan Dan Perihal Wanita. Kaum Wanita Juga Perlu Tahu Hak Mereka Dan Membuat Laporan Kepada Pihak Berkuasa Setiap Kali Diganasi Bagi Menyelesaikannya. Selain Itu Mendapatkan Khidmat Pakar Apabila Menghadapi Masalah Perkahwinan Bagi Membantu Mencari Punca Permasalahan.

0 comments:

Catat Ulasan