Pages

Khamis, 16 Disember 2010

artikel akan datang

1) keusahawanan sosial : korg fhm x ?? hehe.. kalo nak tau nntikan ye..
2) patriotisme??
3) kisah les n gay
4) petikan2 isu semasa
5) cetusan idea dlm pembaharuan
--
--
kalo nak tau, bce sem depan ye..
lov U all...
---


Selasa, 14 Disember 2010

cuti lagi !!!!!!

alhamdulilah tamat sudah pengajian aku semester ini dan tahun ini.. so akan berjumoa di semester hadapan dalam kembara yg berbeza mungkin...
hope aku dpt result 4.00.. semua subjek A+.. papepun aku dah bt yg terbaik, kini aku tawakal kepada Allah..
semoga berjumpa lagi.. sempena cuti aku rehat kn dri dr penulisan2 ini.. bhn yg ada bt mse ni akn disiarkan pd semester akan datang..
thx kepada semua pembaca blog aku.. teruslah ikuti penulisan blog ini.. tq.
--
lov U all...

Rabu, 8 Disember 2010

kelebihan ipta aku

hehe
spe kata ipta di utara ni x bagus??
terbaik apa.. hehe
nak tau knp?
sebab universiti ni mmg terurus.. dr dlm dia urus smpi luaran pun dia uruskan..
then 1 g, u len x ajar soft skills cm kami bljr..
soft skill ni byk.. bukan setakat mmpu berckp bila temuduga je..
mcm2..
guna mesin fax pun dianggap penting dlm soft skills.
dlm my3s sendiri mengkaji soft skills dlm 7 kategori:
kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional dan kemahiran kepemimpinan.
byk sebenarnya soft skill yg kte kne bljr sndri..
antaranya, tahu guna mesin photostate..
u aku ni, hebat.,. photostate kne bt sndri.. mula2 punch matric card, pastu guna lah mesin tu..
smpi mesin tu pun nek muak dgn aku... then rosak.. hehe.. (kmhrn mrosakkan pun aku bljr gak)
-- hehe
then aku de bljr gak, kemahiran berkomunikasi..
dgn pljr antarabgsa.. dan luar bgsa...
hehe..
pljr antarabgsa tu mcm somalia, indonesia dan len2..
best bbual dgn dorg.. mcm2 ilmu aku mnuntut..
--then pljr yg luar BANGSA ni yg mslh ni..
coz aku kne speaking bhs yg aku pun xtau pe dia..
antaranya, cm ne nak ckp dgn beruk MONYET yg aku nak study..
JGN KACAU AKU!! ish2..
tiap2 ari dorg ni duk kaco aku..
monyet2 ni slalu kaco aku duk hafal note kat blkg bilik aku..
arGHHH!!!!!!!! tension lak..
(tp dpt bljr kmhrn komunikasi LUAR BANGSA) hihi
--
then bila masuk musim kemarau yg dibuat manusia..
kami semua terlatih menjadi bomba kebangsaan..
hebat kn?? kemahiran ni hanya ADA KAT U AKU JE.. hehe..
sebab??
ish2.. tnya g ke?
cm ni.. bila musim xde air.. kami kena mnahan kehendak sistem perkumuhan..
dah tu, bila terdesak sungguh..
terpaksa r kami mencari pili air bomba
(jgn gtau mne2 jbtn bomba yg dekat dgn rumah anda, kalo nak gtau gak, bgtau yg jauh ckit dr rumah korg ek)
hehe
dah jumpa PILI BOMBA tu plak, kteorg kne tarik pili bomba ke tmpt yg slmt,
kalo x, abis 1 blok kteorg cuci,
(korg ingat senang ke nak tarik? dah r kteorg ni pmpn, huhu, berat tau x.. )
dah smpi lak tmpt slmt, bukak pili AIR..
tp jgn bukak besar2..
coz kang ada plak member aku yg terpelanting coz tekanan air pili bomba tu mmg kuat..
semata2 nak langsaikan hutang sistem perkumuhan,
aku terpaksa bertungkus lumus dlm jgka masa 30minit..
mmg ajar kemahiran BERSABAR DGN SISTEM PERKUMUHAN ..
-- sbnrnya byk g kteorg bljr.. tp aku dah xlarat..
bek aku baca buku..
lusa nak xam..
dah r carry mark rendah...
cmne ni???
huhu
--plz..
Ya ALLAH, BANTULAH HAMBA MU INI>>

Selasa, 7 Disember 2010

gemuruh?? tangani dgn berkesan..

cara mudah dan praktikal atasi gemuruh

Bagaimana untuk menghilangkan rasa gemuruh?
Perasaan gemuruh adalah perkara yang lazim terjadi kepada setiap orang apabila perasaan takut muncul. Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara otomatis sebagai tujuan keselamatan mandiri.
-
Kesannya adalah seperti berikut
1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah
2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing
3. Kenaikan kadar denyutan jantung
4. Kenaikan tekanan darah
5. Kekeringan pada bibir dan mulut
6. Pelebaran pupil
7. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat.
8. Serangan sejuk dan panas
9. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan
10. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit
-
Teknik untuk mengatasinya ialah dengan cara
1. Pernafasan- lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam2, maka cuba gunakan tangan kanan pegang dibahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. jika kedua2 tangan terasa bergerak ,maka anda telah berjaya melakukannya
-
2. Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika anda takut untuk berucap atau temuduga persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan perlu dibuat. Selepas itu anda boleh berlatih seorang di hadapan cermin.
-
3. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan penemuduga ataupun khalayak
-
4. Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan tumpuan pada anda dan mengwujudkan sangkaan 2 negatif pada diri anda. Sebenarnya mereka lebih berminat supaya anda dapat sampaikan secara yang baik ikut kemampuan anda
-
5. Tanyakan apakah perkara yang paling buruk akan terjadi jika anda melakukan persembahan dan anda akan brsedia terima apa sahaja . Apa yang penting anda akan baiki dari masa ke semasa
-
6.Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi anda perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk respon supaya anda dapat buat yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai 'kawan' dan bukanya lawan anda,. Dengan cara ini anda akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.
-
7. Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.
-
8.Hubungan mata sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata(eye contact)
-
9. Tumpukan pada isi yang hendak anda sampaikan dan bukannya menumpukan perasaan apa yang orang lain akan katakan pada anda. Jika tidak anda hanya akan wujudkan perasaan gelabah
-
10. Gambaran minda yang berulang-ulang perlu dilakukan supaya anda menyampaikan mesej kepada minda bawah sedar anda. Bayangkan anda dapat melakukan perkara yang anda takuti dengan jayanya. Anda dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada anda. Kesannya apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis akan berlaku tanpa anda sedar.Lakukan juga saranan auto pada diri anda berulang kali. Rasakan kehebatan itu dan lakukan anchoring seperti petik jari , gengam tangan dan sebagainya bagi menandakan rasa hebat tersebut
-
11. Teknik doa adalah paling berkesan seperti doa nabi MusaDoa Nabi Musa ASقَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِيNabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )Atau Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku
-
12.Persedian mental ialah anda memang benar-benar seronok untuk melakukan perbuatan tersebut, jadi anda perlu sampaikan dengan rasa excited.
-
13.Katakan pada diri anda bahawa apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja kesilapan anda sedia untuk menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.
-
14. Katakan berulang-ulang dengan diri saya suka jumpa dan bercakap dengan anda dan anda juga suka untuk berjumpa dan mendengar apa yang saya cakap.
-----
hope bhn ini membantu anda..
sekian wassalam
luv u all

Ahad, 5 Disember 2010

mentor kepimpinan (Mahatma Gandhi)

Mohandas Karamchand Gandhi (2 Oktober 1869—30 Januari 1948) juga dipanggil Mahatma Gandhi (bahasa Sansekerta: “jiwa agung”) adalah seorang pemimpin spiritual dan politikus dari India.
-
Pada masa kehidupan Gandhi, banyak negara yang merupakan koloni Britania Raya. Penduduk di koloni-koloni tersebut mendambakan kemerdekaan agar dapat memerintah negaranya sendiri.
-
Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam Gerakan Kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui aksi demonstrasi damai.
-
Gandhi lahir pada 2 Oktober 1869 di negara bagian Gujarat di India. Beberapa dari anggota keluarganya bekerja pada pihak pemerintah. Saat remaja, Gandhi pindah ke Inggris untuk mempelajari hukum. Setelah dia menjadi pengacara, dia pergi ke Afrika Selatan, sebuah koloni Inggris, di mana dia mengalami diskriminasi ras yang dinamakan apartheid. Dia kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah hukum-hukum yang diskriminatif tersebut. Gandhi pun membentuk sebuah gerakan non-kekerasan.
-
Ia mengawali karirnya sebagai seorang pengacara di Afrika Selatan, di mana ia menemukan berbagai persoalan rasial untuk pertama kalinya. Suatu ketika, dalam perjalanan di atas kereta api menuju Pretoria, Gandhi diminta meninggalkan kursi penumpang kelas satu yang ditumpanginya meskipun ia telah membayar tiketnya. Kondektur kereta yang berkulit putih itu dengan sinis mengatakan bahwa selain orang kulit putih tidak diperkenankan menempati kursi kelas utama. Tetapi Gandhi menolak dan bersikeras untuk tetap menempati kursi yang telah dibayarnya itu. Karena penolakan ini, sang kondektur menurunkannya di sebuah stasiun kecil.
Konon, itulah salah satu kejadian yang kemudian membuatnya selalu berjuang untuk keadilan. Dia selalu mencontohkan bahwa kita dapat melawan ketidak adilan tanpa melakukan kekerasan. Semasa di Afrika Selatan-lah Gandhi mulai mengembangkan idenya yang disebut Ahimsa atau anti-kekerasan, dan mengajarkan orang-orang India yang hidup di sana bagaimana menerapkan Ahimsa untuk mengatasi berbagai ketidak adilan yang mereka alami. Metode yang disebut juga sebagai perlawanan pasif atau anti-bekerjasama dengan mereka yang melakukan ketidak-adilan. Gandhi yakin bahwa, dengan menolak-bekerjasama, si oknum akhirnya akan menyadari kesalahannya dan kemudian menghentikan sikap tak adilnya.
-
Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan Inggris; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya dan memecah Kemaharajaan Britania untuk kemudian membentuk Persemakmuran.
-
Rakyat dari agama dan suku yang berbeda yang hidup di India kala itu yakin bahwa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeda dapat mempunyai negara mereka sendiri. Banyak yang ingin agar para pemeluk agama Hindu dan Islam mempunyai negara sendiri. Gandhi adalah seorang Hindu namun dia menyukai pemikiran-pemikiran dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristen. Dia percaya bahwa manusia dari segala agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.
Pada 1947, India menjadi merdeka dan pecah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi.
-
Sementara Pergerakan terus berlangsung, Gandhi tetap melanjutkan pencariannya akan kebenaran dan merancang strategi yang sesuai untuk menghadapi musuh. Ia menyebutnya Satyagraha – Penegakan Kebenaran. Gandhi yakin bahwa dengan melihat penderitaan seseorang yang menegakkan kebenaran akan memberi pengaruh dan akan menyentuh nurani pelaku kesewenangan (musuh). Satyagraha kemudian dijalankan secara luas dan efektif dalam perjuangan kemerdekaan. Perjuangan ini akhirnya mencapai satu titik dimana Inggris tak sanggup bertahan menentang ribuan massa rakyat yang menetangnya, aksi-damai yang menuntut kemerdekaan. Betapapun, Gandhi yakin kepada setiap usaha dan perjuangan yang dilakukan oleh mereka yang dibimbing langsung olehnya dalam menjalankan Satyagraha, dan karena ajaran dan pelatihan Satyagraha inilah perjuangannya membawa hasil.
-
Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai “jalan yang benar” atau “jalan menuju kebenaran”, telah menginspirasi berbagai generasi aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. Gandhi sering mengatakan kalau nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan non-kekerasan (ahimsa).
-
Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kepada Gandhi karena ia terlalu memihak kepada Muslim.
Nehru, Perdana Menteri India, menyebut Gandhi sebagai tokoh terbesar India setelah Gautama, sang Buddha. Ketika diminta untuk mengomentari tentang Gandhi, Einstein mengatakan: “Pada saatnya akan banyak orang yang tak percaya dan takjub bahwa pernah hidup seorang seperti Gandhi di muka bumi”. Winston Churchill, Perdana Menteri Inggris, menyebutnya ‘Naked Fakir’.
-
carilah maklumat beliau,
pasti anda kagum terhadap kredibiliti beliau dlm kepimpinan.
---
sekian..

petua kejayaan cemerlang (35 petua)

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
-
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apayang dibaca
2. kita ingat 20% apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
-
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
-
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
-
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum
-
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
-
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
-
8. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
-
9. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
-
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
-
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
-
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
-
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
-
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
-
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
-
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
-
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
-
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
-
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
-
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
-
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
-
22. Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
-
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
-
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5. jangan melihat kemaluan
6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri
-
25. Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
-
26. Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti
-
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
-
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
-
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
-
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
-
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
-
32. Pelbagaikan tempat belajar.
-
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
-
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
-
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran
-----
marilah kita manfaat kan bsama..
smoga kita berjaya di dunia dan akhirat
wassalam..
luv U all..
-----

pencegahan dan rawatan ADHD (DSM IV TR)

Oleh kerana ADHD menyebabkan masalah-masalah kanak-kanak terutamanya kanak-kanak sekolah tadika dan sekolah rendah seperti seperti kesukaran mengikut arahan yang diberikan oleh guru, suka bercakap dan susah untuk duduk diam dalam kelas, maka langkah-langkah pencegahan seperti peranan guru dan ibu bapa adalah diperlukan.
-
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan oleh sesebuah sekolah dalam membantu pelajar-pelajar yang mempunyai gangguan ADHD ini antaranya memilih guru yang berkebolehan iaitu dengan menepatkan pelajar kepada guru yang optimis, fleksibel dan berkebolehan dalam menyelesaikan masalah. Guru yang liberal ini mampu menolong pelajar yang mengalami gangguan ADHD ini.
-
Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyediakan sokongan bagi mempromosikan kelakuan yang ditugaskan iaitu dengan mencari seorang rakan belajar yang sesuai kepada pelajar ADHD, memerhatikan setiap kerja yang dilakukan oleh pelajar ADHD dan mengekalkan kekerapan komunikasi antara ibu bapa dengan sekolah.
-
Guru-guru dan ibu bapa juga boleh memberi sokongan motivasi seperti memberi pujian dan ganjaran kepada pelajar dan anak-anak mereka yang membuat sesuatu tugasan dengan baik terutamanya kepada pelajar dan anak-anak mereka yang mengalami masalah gangguan ADHD. Ini dapat membantu membina keyakinan diri kanak-kanak ADHD ini.
-
Berkomunikasi dengan pelajar ADHD dan menanya kepada mereka aktiviti kegemaran mereka juga boleh memberi motivasi kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan ini. Guru-guru dan ibu bapa juga harus membantu pelajar ADHD ini mencungkil bakat yang terpendam seperti bermain alat muzik, bersukan dan sebagainya serta menentukan satu matlamat yang realistik kepada kanak-kanak ini.
-
Selain sokongan motivasi, guru-guru dan ibu bapa juga hendaklah memberi sokongan sosial seperti memberi sokongan dan galakan kepada kanak-kanak ADHD apabila mereka menghadapi masalah supaya kanak-kanak ini dapat meningkatkan penghargaan kendiri dan membantu pelajar membentuk kumpulan belajar terutama pelajar-pelajar. Hal ini dapat menggalakkan pelajar berkongsi idea dan tanggungjawab di samping membantu hubungan interpersonal dengan pelajar lain.
-
Pembelajaran secara campuran umur juga dapat membantu pelajar dalam hubungan sosial mereka. Terdapat beberapa rawatan yang sering digunakan bagi merawat kecelaruan ADHD ini.
-
Rawatan-rawatan ini kerap kali melibatkan pendekatan multidisiplin yang merangkumi bidang psikologi, sosial dan pendidikan.
-
Ubat perangsang turut digunakan bagi merawat ADHD, tetapi tidak bermakna gangguan ini akan pulih sepenuhnya. Ubat perangsang membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa keberkesanan ubat perangsang, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahirang yang baru.Ubat perangsang yang utama bagi merawat ADHD adalah methylphenidate. Kesan ubat ini di jangka bermula dalam masa 30 hingga 60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3 hingga 4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari bagi mendapatkan kesan yang terbaik.
-
Antara ubat-ubat lain yang digunakan bagi merawat gangguan ini ialah adderall amphetamine, concerta methylphenidate, dexerine dextromphetamine dan dextrostat dextroamphetamine. Terdapat dadah atomoxetine yang didaftarkan atas jenama Strattre, memberi kesan kepada neurotransmiter norepinephrine sementara dadah perangsang berfungsi pada bahagian dopamine. Bahagian neurotransmiter norepinephrine dipercayai memainkan peranan dalam gangguan ADHD di kalangan kanak-kanak.
-
Walau bagaimanapun sebelum mengambil sebarang ubat bagi merawat ADHD, pesakit atau penjaga kepada kanak-kanak ADHD perlu mendapatkan nasihat daripada doktor kerana sesetengah ubat hanya berkesan pada individu tertentu sahaja. Bagi kebanyakan orang, dadah jenis perangsang mengurangkan hiperaktif dan impulsiviti kanak-kanak dengan segera serta memperbaiki kemampuan mereka bagi memberi tumpuan, bekerja dan belajar. Penggunaan ubat ini juga dapat memperbaiki koordinasi fizikal seperti yang diperlukan dalam penulisan dan sukan.
-
Dadah perangsang dapat diambil dalam bentuk jangka masa panjang ataupun pendek. Dadah perangsang jenis baru dapat diambil sebelum pergi ke sekolah dan memberikan kesan dalam tempoh yang lama. Doktor boleh berbincang dengan ibu bapa berkenaan keperluan kanak-kanak ADHD dan memutuskan jenis ubat yang perlu diambil. Terdapat beberpa kesan sampingan yang biasa muncul akibat pengambilan ubat-ubat ini adalah seperti kurang selera makan, sukar tidur, kebimbangan meningkat dan mudah mudah marah. Sesetengah kanak-kanak dilaporkan mengalami sakit perut dan kepala selepas mengambil ubat-ubat ini. Walau bagaimanapun, ubat serbenarnya hanya berfungsi mengawal simptom-simptom sepanjang hari ubat diambil.
-
Walaupun ubat membantu kanak-kanak memberikan tumpuan yang lebih baik di sekolah serta menyiapkan tugasan mereka , ia tidak dapat menambah kemahiran belajar mereka. Kanak-kanak ADHD yang turut mengalami gangguan bipolar akan diberi ubatan penstabil mood seperti litium dan depakote. Sebagaimana kanak-kanak remaja juga didiagnosa sebagai penghidap ADHD selalunya akan memulakan rawatan mereka dengan ubat-ubatan dadah perangsang. Atomoxetine adalah ubat yang biasa diberikan kepada remaja selain daripada ubat antikemurungan seperti tricyclics, venlafaxine-effexor dan bupropion-wellbutrin.
sekian wassalam
LUV U ALL
HOPE SSYP 2313 dpt SKOR A+
HIHI.. DOAKN EK..

pengenalan ADHD (DSM IV TR)

Takrif ADHD
Ganguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak (Barkley, 1990).
Ia merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsive yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal.
Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD berlaku dengan begitu ketara pada sesetengah kanak-kanak terutamanya pada waktu prasekolah atau tadika dan murid-murid sekolah rendah.
-
kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku mereka atau memberikan tumpuan yang sepenuhnya.
-
Satu kajian menunjukkan terdapat antara 3% hingga 5% kanak-kanak menghidap ADHD atau sekitar 2 juta orang kanak-kanak di Amerika Syarikat. Ini bermakna, di dalam sebuah kelas yang mengandungi 25 atau 30 orang murid, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka menghidap ADHD. Menurut Sir George F. Still (1902), ADHD disebabkan oleh disfungsi genetik bukannya oleh asuhan yang lemah. Gangguan ADHD menjurus kepada aspek pemikiran, kelakuan, kebiasaan dan tindakan sama ada dalam keadaan stabil atau tidak. Horrocks dan Jackson (1972) menjelaskan bahawa sesuatu tingkah laku atau perbuatan devian yang berlaku dalam keadaan yang agak tetap (trait) dianggap sebagai mengalami kecelaruanGangguan hiperaktif atau ADHD melibatkan tiga jenis keupayaan iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan menurut kata hati. Ketiga-tiga keupayaan ini biasanya saling berkaitan antara satu sama lain. Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak-kanak lelaki. Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.Semenjak itu, kecelaruan ini dikenali dengan pelbagai nama termasuk minimal brain dysfunction, hyperkinetic reaction of childhood, attention deficit disorder dan terkini attention hyperactivity disorder. Terdapat banyak kajian saintifik berkaitan kecelaruan ini sudah dihasilkan bagi memberi maklumat berkaitan tabiatnya, faktor-faktor kecelaruan ini, dan kaedah rawatan bagi membantu ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami kecelaruan ini. Simptom dan Kategori ADHDKanak-kanak ADHD biasanya mengalami kurang tumpuan seperti gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta sering membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain.
-
Kanak-kanak ini juga selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugasan serta kerap mengalami masalah mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti harian mereka. Hal ini bukan sahaja menggangu aktiviti harian mereka malahan turut menggangu aktiviti harian penjaga mereka kerana mereka terpaksa mengawal tindakan kanak-kanak ini.
-
Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah kecelaruan ini juga sering bertingkah laku kerap mengelak, tidak suka atau keberatan melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama seperti kerja sekolah atau kerja rumah.
-
Gangguan ADHD boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu:
-
i) Kurang tumpuan dimana kanak-kanak yang mengalami simptom ini sering kali menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti melakukan banyak kesilapan didalam kerja sekolah, tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dan mudah lupa. Hal ini turut berlaku kepada Ken dimana gurunya sering melaporkan Ken tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya. Selain itu simptom yang sering dikaitkan dengan kurang tumpuan ialah kanak-kanak ini tidak akan memberikan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya dan sering kehilangan barang di sekolah dan di rumah. Kanak-kanak ini juga mengalami masalah untuk mengatur tugasan hariannya. Keadaan ini turut berlaku dimana Ken tidak memberi tumpuan semasa gurunya mengajar dan tidak kisah apabila dia dimarahi oleh ibunya. Dia juga sering merosakkan barang permainannya apabila keinginannya tidak dipenuhi.
-
ii) Hiperaktif dimana kanak-kanak yang mengalami simptom ini menunjukkan tindakan-tindakan atau perlakuan seperti menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya. Semasa berada di dalam kelas, kanak-kanak ini sering kali meninggalkan tempat duduknya dengan bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam) walaupun ketika itu guru berada di dalam kelas. Kanak-kanak ini juga suka membuat bising dan berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa) semasa bermain. Kanak-kanak ini turut dikatakan banyak bercakap sehingga terkeluar air liur semasa bercakap. Hal ini turut berlaku kepada Ken dimana Ken dilaporkan sering menjerit dan membuang barang-barang yang berdekatan dengannya dan turut bertindak aggresif. Semasa di dalam kelas juga, Ken akan bangun dari tempat duduknya melebihi enam kali dan melihat ke luar tingkap apabila mendengar bunyi. Ken sering bercakap dengan rakan-rakannya dan tidak menumpukan perhatian pada pembelajaran.
-
iii) Menurut kata hati (impulsive) iaitu kanak-kanak yang mengalami sindrom ini sering kali bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu. Ini termasuklah menjawab secara spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis ditanya dan jawapan yang diberikannya tidak berketepatan dengan soalan yang ditanya. Selain itu kanak-kanak ini sering kali menggangu kanak-kanak lain semasa mereka bermain atau bercakap. Hal ini turut berlaku kepada Ken dimana Ken sentiasa menggangu kawan-kawannya di dalam kelas. Ken juga suka menggangu adiknya ketika makan dan sentiasa melawan cakap ibunya. Ken juga tidak suka menurut arahan yang diberikan kepadanya iaitu dia tidak menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya dan sering bertindak berbahaya iaitu dia akan memanjat tingkap bilik tidurnya dan berlumba menuruni bukit dengan menggunakan basikal. Sikap beraninya itu sengaja ditunjukkan supaya dia akan mendapat perhatian yang lebih dari rakan-rakan dan jirannyaBerdasarkan kes yang dialami oleh Ken iaitu anak kepada pasangan Wilson, ken mempunyai ketiga-tiga tanda-tanda atau simptom ADHD seperti yang disebutkan diatas.
-
Faktor-Faktor Penyebab ADHD
Antara faktor penyebab yang boleh dikaitkan dengan pelakuan hiperaktif ialah seperti hubungan antara amalan merokok dan pengambilan alkohol semasa ibu mengandung dengan risiko mendapat ADHD bagi bayi yang dikandung itu.
-
Agen persekitaran lain pula yang boleh dihubungkaitkan dengan risiko yang tinggi memperolehi
ADHD adalah paras kandungan plumbum yang tinggi di dalam tubuh badan kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak yang tinggal di bangunan lama, yang mana kandungan plumbum yang wujud di dalam cat ataupun paip air, lebih bersiko mengalami gangguan ini.
-
Selain itu, terdapat kajian lain pula, kanak-kanak yang sensitif dengan pengambilan gula diberikan aspartame sebagai ganti kepada gula. Ibu-ibu yang merasakan bahawa anak mereka mengambil gula telah melabelkan mereka sebagai lebih hiperaktif dan lebih kritikal tingkah lakunya berbanding dengan kanak-kanak lain (Hoover & Milich, 1994
-
Berdasarkan teori awalan, gangguan kurang tumpuan adalah disebabkan oleh kecerderaan otak. Kanak-kanak yang mengalami kecerderaan otak diseababkan kemalangan boleh menunjukkan simptom-simptom yang sama penghidap ADHD. Namun demikian, hanya sedikit sahaja peratusan kanak-kanak penghidap ADHD yang mengalami trauma kecederaan otak.
-
Selain itu, para penkaji mengatakan bahawa kecelaruan kurang tumpuan disesbabkan makanan yang mengandungi perasa dan pengawet serta gula yang diproses semula. Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat mengadakan satu persidangan saintifik bagi membincangkan isu ini pada tahun 1982. Dalam persidangan tersebut, dimaklumkan bahawa diet yang ketat membantu 5% kanak-kanak penghidap ADHD, kebanyakannya kanak-kanak yang menghidap alahan makanan. Walaubagaimanapun, kajian terkini berkaitan kesan gula ke atas kanak-kanak menunjukkan gula tidak memberi kesan yang signifikan terhadap tingkah laku atau pembelajaran kanak-kanak.Selain itu, pengaruh genetik juga memainkan peranan penting ke atas kemunculan gangguan ini pada seseorang, kerana kebiasaanya mereka yang mereka mempunyai pertalian darah dengan penghidap ADHD akan turut menghidap gangguan yang sama.
-
Kajian-kajian sebelum ini menunjukkan bahawa 25% daripada ahli keluarga yang menghidap ADHD juga mengalami gangguan ini, apabila kadarnya adalah 5% pada populasi umum. Begitu juga kaijian kembar menunjukkan pengaruh genetik yang kuat wujud dalam kecelaruan ADHD (Nevid et al.,2000). Pada dasarnya Ken yang mempunyai masalah ADHD ini dikaitkan dengan ayahnya yang turut mempunyai masalah gangguan ADHD semasa kecil.

Kriteria ADHD (DSM IV TR)

Kriteria ADHD
Menurut DSM IV, kriteria diagnostik dari Attentional Deficit Disorder With Hyperactivity Disorder (ADHD), sebagai berikut :
KRITERIA DIAGNOSTIK
ATTENTIONAL DEFICIT DISORDER WITH HYPER ACTIVITY (ADHD)
Kriteria ADHD
-
A. IN ATTENTION.
Paling tidak ada 3 dari dibawah ini
- Sering gagal menyelesaikan sesuatu
- Sering seperti tidak mendengarkan
- Sulit konsentrasi pada tugas yang butuh perhatian
- Pikiran mudah kacau
- Sulit melibatkan diri dalam kegiatan bermain.
-
B. IMPULSIVITAS.
Paling tidak ada 3 dari di bawah ini
- Sering bertindak sebelum berpikir
- Mudah beralih dari satu aktivtas ke aktivitas yang lain
- Sulit melakukan organisasi kerja
- Butuh pengawasan dari orang lain
- Sering dihukum di kelas
- Sulit menunggu giliran dalam permainan kelompok.
-
C. HYPERACTIVITY.
Paling tidak ada 2 dari di bawah ini
- Berlari-larian, memanjat secara berlebihan
- Sulit duduk tenang/ gelisah berlebihan
- Sulit diam
- Selama tidur banyak bergerak
- Selalu dalam keadaan siap bergerak / bertindak seperti digerakkan motor
-
D. Tenggang waktu 6 bulan
-
E. Muncul sebelum usia 7 tahun.
-
F. Bukan Schizophren, Affective Disorders atau MR
-

Kriteria DSM IV-TR untuk ADHD:
1. Harus ditemukan enam (6) atau lebih gejala gangguan pemusatan perhatian atau enam (6) atau lebih gejala hiperaktivitas-impulsivitas.
2. Menetap 6 bulan atau lebih sampai derajat terjadi maladaptive dan tidak sesuai dengan tingkat perkembangan.
3. Sudah timbul sebelum usia 7 tahun serta beberapa gejala tersebut di atas muncul dalam atau lebih keadaan.
-
Gangguan Pemusatan Perhatian
Gagal memusatkan perhatian pada hal kecil atau membuat kesalahan sembrono dalam pekerjaan sekolah, pekerjaan atau aktivitas lain.
Sukar mempertahankan perhatian apa tugas atau aktivitas bermain.
Seolah tidak mendengar bila di ajak berbicara langsung.
Tidak mengikuti instruksi dan gagal menyelesaikan pekerjaan sekolah, tugas atau kewajiban ditempat bekerja.
Mengalami kesukaran dalam mengatur tugas dan aktivitas
Menghindar atau tidak suka terikat pada tugas yang membutuhkan dukungan mental terus menerus, seperti pekerjaan sekolah atau PR
Sering kehilangan benda yang diperlukan untuk tugas atau kegiantannya misalnya mainan, tugas sekolah, pensil atau buku.
Perhatian mudah teralihkan oleh rangsang dari luar
Sering melupakan kegiatan sehari-hari.
Hiperaktivitas Dan Impulsivitas
Sering gelisah menggerakkan tangannya atau tidak dapat duduk tenang.
Meninggalkan tempat duduk dikelas dalam situasi dimana anak diharapkan tetap duduk.
Sering berlari atau memanjat berlebihan dalam situasi yang tidak sesuai (pada remaja atau orang dewasa terdapat perasaan subjektif gelisah)
Sering sulit untuk bermain atau terlibat dalam kegiatan senggang dengan tenang.
Bergerak terus atau sering berlaku bagaikan “dikendalikan oleh motor”.
Sering berbicara berlebihan
Sering menjawab sebelum pertanyaan yang diajukan selesai
Sering sulit menunggu giliran
Sering menyela dan memaksakan kehendaknya pada orang lain (missal potong pembicaraan orang lain atau permainan)
-
Kriteria DSM IV:
1. Kriteria A: gejala yang muncul dalam waktu 6 bulan terakhir
2. Kriteria B: gejala hiperaktif-impulsif muncul sebelum usia 7 tahun
3. Kriteria C: gejala muncul sedikitnya dalam dua situasi
4. Kriteria D: gejala dianggap mengganggu kehidupan social, akademik, dan pekerjaan.
5. Kriteria E: gejala tidak terjadi dengan sendirinya
-
Sub Kategori diagnosis dalam DSM IV-TR:
1. ADHD tipe predominan inatentif
2. ADHD tipe hiperaktif impulsif
3. ADHD tipe kombinasi

Rabu, 1 Disember 2010

cinta mse xam

erm nasib bek aku x bcinta wat mse ni..
coz aku rse xleh fokus r kalo bcinta,,
huhu

mana taknye, kalo bcinta, nak kne sms, col.. xdgr citer si dia,.. satu ari angau.. xleh bce buku..
payah r cm tu.. aku ni dah r jenis "biaq p r dia"
hihi..
kesian lelaki yg bcinta dgn aku ni kan..
bukan nye aku nak jge dia, dia lak yg kne jge aku..
erm nak bt cmne.. setiap individu kan bbeza..
tau x, aku kne naikkan pmk aku kepada 3.58 sem ni (target PMK)
hehe.. so pms yg aku kne capai ialah 3.95 (target PMS)
hehe
so aku kne serius dlm study.. cme mslh aku skrg ni cuma nak mnulis je..
idea alhamdulilah ada..
cme tgn xkuat nak mnulis esei..
cepat penat..
badan lemah..
tgn menggeletar kalo tulis byk2...
walaupun soklan esei tu 2 soalan je.. tp still rse xlarat..
huhu..
aku cme tawakal je, harap pemeriksa kertas jwpn fhm tulisan aku
aku dah bt yg tbek..dan akan terus BT yang TERBAIK..
doakan aku ek kwn2.. luv u all

penyalahgunaan bahan

ia merupakan bahan kimia samada tumbuhan atau bukan tumbuhan yang boleh bg kesan pengantungan scr fizikal mahupun psikologikal dalam fisiologi manusia.
ada beberapa jenis kategori bahan psikoaktif, antaranya depresan, narkotik, stimulan, halusinogen, dan mood modifiers.. terdapat beberapa ciri.. dadah diperoleh scr haram, penggunaan dilarang, jejaskan sistem saraf pusat, kesan pergantungan dan kesan ke atas kesihatan dan fungsi sosial..
dadah ini menjejaskan sistem keluarga. hal ini kerana pandangan serong masyarakat terhadap mereka dan keluarga mereka yg terlibat dengan penagihan.
ada banyak kesan dadah terhadap individu. antaranya, kurang selera makan, mual, kekaburan penglihatan, kemerosotan ingatan, ilusi dalam penglihatan dan pendengaran. namun kebanyakan orang xtau kesan ini, dan menyangka dadah sbg penyelesaian masalah.
terutamanya pelajar, yg gunakan dadah bg tujuan ulang kaji, terutama musim peperiksaan.

melayan lagu2 kesayangan..

hehe.. musim2 xam ni.. memanjang r dgr lagu...
nak study kat pantry (bilik study) bising plak tu,,
so aku geram dgn bdk2 yg memekak dok karoeka dlm bilik study tu
aku pun pasang earphone kat telinga.. DGR LAGU..
ni antara lagu yg aku ske..
Di lubuk hatikuAdalah kamuSebagai ratu
Seluruh jiwakuHanya dirimuYang aku mahu
VerseTelah ku percayakanHati ini padamuMaka kita tak saling risauRisau risau risau
ChorusKalau cinta jangan kacauKalau sayang tak perlu marahKalau ikhlas tak minta berbalasSerahkan cintamuPada yang punya cinta
Di lubuk hatikuAdalah kamuYang aku perlu
Seluruh jiwakuHanya dirimuYang aku mahu
Ulang VerseUlang Chorus
Kau ku perluKau jiwakuKau cintakuKau ku rinduKaulah ratu
Ulang Chorus 3X
Kaulah ratuKau kau cintakuKau ku rinduKau jiwaku