Pages

Ahad, 5 Disember 2010

pengenalan ADHD (DSM IV TR)

Takrif ADHD
Ganguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak (Barkley, 1990).
Ia merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsive yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal.
Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD berlaku dengan begitu ketara pada sesetengah kanak-kanak terutamanya pada waktu prasekolah atau tadika dan murid-murid sekolah rendah.
-
kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku mereka atau memberikan tumpuan yang sepenuhnya.
-
Satu kajian menunjukkan terdapat antara 3% hingga 5% kanak-kanak menghidap ADHD atau sekitar 2 juta orang kanak-kanak di Amerika Syarikat. Ini bermakna, di dalam sebuah kelas yang mengandungi 25 atau 30 orang murid, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka menghidap ADHD. Menurut Sir George F. Still (1902), ADHD disebabkan oleh disfungsi genetik bukannya oleh asuhan yang lemah. Gangguan ADHD menjurus kepada aspek pemikiran, kelakuan, kebiasaan dan tindakan sama ada dalam keadaan stabil atau tidak. Horrocks dan Jackson (1972) menjelaskan bahawa sesuatu tingkah laku atau perbuatan devian yang berlaku dalam keadaan yang agak tetap (trait) dianggap sebagai mengalami kecelaruanGangguan hiperaktif atau ADHD melibatkan tiga jenis keupayaan iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan menurut kata hati. Ketiga-tiga keupayaan ini biasanya saling berkaitan antara satu sama lain. Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak-kanak lelaki. Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.Semenjak itu, kecelaruan ini dikenali dengan pelbagai nama termasuk minimal brain dysfunction, hyperkinetic reaction of childhood, attention deficit disorder dan terkini attention hyperactivity disorder. Terdapat banyak kajian saintifik berkaitan kecelaruan ini sudah dihasilkan bagi memberi maklumat berkaitan tabiatnya, faktor-faktor kecelaruan ini, dan kaedah rawatan bagi membantu ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami kecelaruan ini. Simptom dan Kategori ADHDKanak-kanak ADHD biasanya mengalami kurang tumpuan seperti gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta sering membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain.
-
Kanak-kanak ini juga selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugasan serta kerap mengalami masalah mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti harian mereka. Hal ini bukan sahaja menggangu aktiviti harian mereka malahan turut menggangu aktiviti harian penjaga mereka kerana mereka terpaksa mengawal tindakan kanak-kanak ini.
-
Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah kecelaruan ini juga sering bertingkah laku kerap mengelak, tidak suka atau keberatan melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama seperti kerja sekolah atau kerja rumah.
-
Gangguan ADHD boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu:
-
i) Kurang tumpuan dimana kanak-kanak yang mengalami simptom ini sering kali menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti melakukan banyak kesilapan didalam kerja sekolah, tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dan mudah lupa. Hal ini turut berlaku kepada Ken dimana gurunya sering melaporkan Ken tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya. Selain itu simptom yang sering dikaitkan dengan kurang tumpuan ialah kanak-kanak ini tidak akan memberikan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya dan sering kehilangan barang di sekolah dan di rumah. Kanak-kanak ini juga mengalami masalah untuk mengatur tugasan hariannya. Keadaan ini turut berlaku dimana Ken tidak memberi tumpuan semasa gurunya mengajar dan tidak kisah apabila dia dimarahi oleh ibunya. Dia juga sering merosakkan barang permainannya apabila keinginannya tidak dipenuhi.
-
ii) Hiperaktif dimana kanak-kanak yang mengalami simptom ini menunjukkan tindakan-tindakan atau perlakuan seperti menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya. Semasa berada di dalam kelas, kanak-kanak ini sering kali meninggalkan tempat duduknya dengan bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam) walaupun ketika itu guru berada di dalam kelas. Kanak-kanak ini juga suka membuat bising dan berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa) semasa bermain. Kanak-kanak ini turut dikatakan banyak bercakap sehingga terkeluar air liur semasa bercakap. Hal ini turut berlaku kepada Ken dimana Ken dilaporkan sering menjerit dan membuang barang-barang yang berdekatan dengannya dan turut bertindak aggresif. Semasa di dalam kelas juga, Ken akan bangun dari tempat duduknya melebihi enam kali dan melihat ke luar tingkap apabila mendengar bunyi. Ken sering bercakap dengan rakan-rakannya dan tidak menumpukan perhatian pada pembelajaran.
-
iii) Menurut kata hati (impulsive) iaitu kanak-kanak yang mengalami sindrom ini sering kali bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu. Ini termasuklah menjawab secara spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis ditanya dan jawapan yang diberikannya tidak berketepatan dengan soalan yang ditanya. Selain itu kanak-kanak ini sering kali menggangu kanak-kanak lain semasa mereka bermain atau bercakap. Hal ini turut berlaku kepada Ken dimana Ken sentiasa menggangu kawan-kawannya di dalam kelas. Ken juga suka menggangu adiknya ketika makan dan sentiasa melawan cakap ibunya. Ken juga tidak suka menurut arahan yang diberikan kepadanya iaitu dia tidak menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya dan sering bertindak berbahaya iaitu dia akan memanjat tingkap bilik tidurnya dan berlumba menuruni bukit dengan menggunakan basikal. Sikap beraninya itu sengaja ditunjukkan supaya dia akan mendapat perhatian yang lebih dari rakan-rakan dan jirannyaBerdasarkan kes yang dialami oleh Ken iaitu anak kepada pasangan Wilson, ken mempunyai ketiga-tiga tanda-tanda atau simptom ADHD seperti yang disebutkan diatas.
-
Faktor-Faktor Penyebab ADHD
Antara faktor penyebab yang boleh dikaitkan dengan pelakuan hiperaktif ialah seperti hubungan antara amalan merokok dan pengambilan alkohol semasa ibu mengandung dengan risiko mendapat ADHD bagi bayi yang dikandung itu.
-
Agen persekitaran lain pula yang boleh dihubungkaitkan dengan risiko yang tinggi memperolehi
ADHD adalah paras kandungan plumbum yang tinggi di dalam tubuh badan kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak yang tinggal di bangunan lama, yang mana kandungan plumbum yang wujud di dalam cat ataupun paip air, lebih bersiko mengalami gangguan ini.
-
Selain itu, terdapat kajian lain pula, kanak-kanak yang sensitif dengan pengambilan gula diberikan aspartame sebagai ganti kepada gula. Ibu-ibu yang merasakan bahawa anak mereka mengambil gula telah melabelkan mereka sebagai lebih hiperaktif dan lebih kritikal tingkah lakunya berbanding dengan kanak-kanak lain (Hoover & Milich, 1994
-
Berdasarkan teori awalan, gangguan kurang tumpuan adalah disebabkan oleh kecerderaan otak. Kanak-kanak yang mengalami kecerderaan otak diseababkan kemalangan boleh menunjukkan simptom-simptom yang sama penghidap ADHD. Namun demikian, hanya sedikit sahaja peratusan kanak-kanak penghidap ADHD yang mengalami trauma kecederaan otak.
-
Selain itu, para penkaji mengatakan bahawa kecelaruan kurang tumpuan disesbabkan makanan yang mengandungi perasa dan pengawet serta gula yang diproses semula. Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat mengadakan satu persidangan saintifik bagi membincangkan isu ini pada tahun 1982. Dalam persidangan tersebut, dimaklumkan bahawa diet yang ketat membantu 5% kanak-kanak penghidap ADHD, kebanyakannya kanak-kanak yang menghidap alahan makanan. Walaubagaimanapun, kajian terkini berkaitan kesan gula ke atas kanak-kanak menunjukkan gula tidak memberi kesan yang signifikan terhadap tingkah laku atau pembelajaran kanak-kanak.Selain itu, pengaruh genetik juga memainkan peranan penting ke atas kemunculan gangguan ini pada seseorang, kerana kebiasaanya mereka yang mereka mempunyai pertalian darah dengan penghidap ADHD akan turut menghidap gangguan yang sama.
-
Kajian-kajian sebelum ini menunjukkan bahawa 25% daripada ahli keluarga yang menghidap ADHD juga mengalami gangguan ini, apabila kadarnya adalah 5% pada populasi umum. Begitu juga kaijian kembar menunjukkan pengaruh genetik yang kuat wujud dalam kecelaruan ADHD (Nevid et al.,2000). Pada dasarnya Ken yang mempunyai masalah ADHD ini dikaitkan dengan ayahnya yang turut mempunyai masalah gangguan ADHD semasa kecil.

0 comments:

Catat Ulasan