Pages

Ahad, 5 Disember 2010

pencegahan dan rawatan ADHD (DSM IV TR)

Oleh kerana ADHD menyebabkan masalah-masalah kanak-kanak terutamanya kanak-kanak sekolah tadika dan sekolah rendah seperti seperti kesukaran mengikut arahan yang diberikan oleh guru, suka bercakap dan susah untuk duduk diam dalam kelas, maka langkah-langkah pencegahan seperti peranan guru dan ibu bapa adalah diperlukan.
-
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan oleh sesebuah sekolah dalam membantu pelajar-pelajar yang mempunyai gangguan ADHD ini antaranya memilih guru yang berkebolehan iaitu dengan menepatkan pelajar kepada guru yang optimis, fleksibel dan berkebolehan dalam menyelesaikan masalah. Guru yang liberal ini mampu menolong pelajar yang mengalami gangguan ADHD ini.
-
Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyediakan sokongan bagi mempromosikan kelakuan yang ditugaskan iaitu dengan mencari seorang rakan belajar yang sesuai kepada pelajar ADHD, memerhatikan setiap kerja yang dilakukan oleh pelajar ADHD dan mengekalkan kekerapan komunikasi antara ibu bapa dengan sekolah.
-
Guru-guru dan ibu bapa juga boleh memberi sokongan motivasi seperti memberi pujian dan ganjaran kepada pelajar dan anak-anak mereka yang membuat sesuatu tugasan dengan baik terutamanya kepada pelajar dan anak-anak mereka yang mengalami masalah gangguan ADHD. Ini dapat membantu membina keyakinan diri kanak-kanak ADHD ini.
-
Berkomunikasi dengan pelajar ADHD dan menanya kepada mereka aktiviti kegemaran mereka juga boleh memberi motivasi kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan ini. Guru-guru dan ibu bapa juga harus membantu pelajar ADHD ini mencungkil bakat yang terpendam seperti bermain alat muzik, bersukan dan sebagainya serta menentukan satu matlamat yang realistik kepada kanak-kanak ini.
-
Selain sokongan motivasi, guru-guru dan ibu bapa juga hendaklah memberi sokongan sosial seperti memberi sokongan dan galakan kepada kanak-kanak ADHD apabila mereka menghadapi masalah supaya kanak-kanak ini dapat meningkatkan penghargaan kendiri dan membantu pelajar membentuk kumpulan belajar terutama pelajar-pelajar. Hal ini dapat menggalakkan pelajar berkongsi idea dan tanggungjawab di samping membantu hubungan interpersonal dengan pelajar lain.
-
Pembelajaran secara campuran umur juga dapat membantu pelajar dalam hubungan sosial mereka. Terdapat beberapa rawatan yang sering digunakan bagi merawat kecelaruan ADHD ini.
-
Rawatan-rawatan ini kerap kali melibatkan pendekatan multidisiplin yang merangkumi bidang psikologi, sosial dan pendidikan.
-
Ubat perangsang turut digunakan bagi merawat ADHD, tetapi tidak bermakna gangguan ini akan pulih sepenuhnya. Ubat perangsang membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa keberkesanan ubat perangsang, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahirang yang baru.Ubat perangsang yang utama bagi merawat ADHD adalah methylphenidate. Kesan ubat ini di jangka bermula dalam masa 30 hingga 60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3 hingga 4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari bagi mendapatkan kesan yang terbaik.
-
Antara ubat-ubat lain yang digunakan bagi merawat gangguan ini ialah adderall amphetamine, concerta methylphenidate, dexerine dextromphetamine dan dextrostat dextroamphetamine. Terdapat dadah atomoxetine yang didaftarkan atas jenama Strattre, memberi kesan kepada neurotransmiter norepinephrine sementara dadah perangsang berfungsi pada bahagian dopamine. Bahagian neurotransmiter norepinephrine dipercayai memainkan peranan dalam gangguan ADHD di kalangan kanak-kanak.
-
Walau bagaimanapun sebelum mengambil sebarang ubat bagi merawat ADHD, pesakit atau penjaga kepada kanak-kanak ADHD perlu mendapatkan nasihat daripada doktor kerana sesetengah ubat hanya berkesan pada individu tertentu sahaja. Bagi kebanyakan orang, dadah jenis perangsang mengurangkan hiperaktif dan impulsiviti kanak-kanak dengan segera serta memperbaiki kemampuan mereka bagi memberi tumpuan, bekerja dan belajar. Penggunaan ubat ini juga dapat memperbaiki koordinasi fizikal seperti yang diperlukan dalam penulisan dan sukan.
-
Dadah perangsang dapat diambil dalam bentuk jangka masa panjang ataupun pendek. Dadah perangsang jenis baru dapat diambil sebelum pergi ke sekolah dan memberikan kesan dalam tempoh yang lama. Doktor boleh berbincang dengan ibu bapa berkenaan keperluan kanak-kanak ADHD dan memutuskan jenis ubat yang perlu diambil. Terdapat beberpa kesan sampingan yang biasa muncul akibat pengambilan ubat-ubat ini adalah seperti kurang selera makan, sukar tidur, kebimbangan meningkat dan mudah mudah marah. Sesetengah kanak-kanak dilaporkan mengalami sakit perut dan kepala selepas mengambil ubat-ubat ini. Walau bagaimanapun, ubat serbenarnya hanya berfungsi mengawal simptom-simptom sepanjang hari ubat diambil.
-
Walaupun ubat membantu kanak-kanak memberikan tumpuan yang lebih baik di sekolah serta menyiapkan tugasan mereka , ia tidak dapat menambah kemahiran belajar mereka. Kanak-kanak ADHD yang turut mengalami gangguan bipolar akan diberi ubatan penstabil mood seperti litium dan depakote. Sebagaimana kanak-kanak remaja juga didiagnosa sebagai penghidap ADHD selalunya akan memulakan rawatan mereka dengan ubat-ubatan dadah perangsang. Atomoxetine adalah ubat yang biasa diberikan kepada remaja selain daripada ubat antikemurungan seperti tricyclics, venlafaxine-effexor dan bupropion-wellbutrin.
sekian wassalam
LUV U ALL
HOPE SSYP 2313 dpt SKOR A+
HIHI.. DOAKN EK..

0 comments:

Catat Ulasan